My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Sunday, October 13, 2013

Assalamualaikum,

Fuhh, setahun lebih juga tinggal hati tisu nieh jadi malam nieh tetiba rajin nak lap-lap sket apa patut kan. Setahun lebih macam-macam berlaku weh, siyes aku cakap kau tapi yang pasti aku masih pemilik hati tisu yang selamanya sama. Perubahan dalam diri itu bagus tapi kena tepat pada caranya. aku akui selama setahun lebih nieh manyak perubahan dalam hidup aku ada yang makin bagus dan yang agak kurang bagus tapi apa-apa pun "Life must go on." 

Wednesday, May 30, 2012

weehoo, suka suki weh sebab dah berjaya donlod lapan lagu melayu yang berjaya mencuri nafsu telinga aku, haha. lepas dah donlod apa lagi ulang lah lagu-lagu tue sampai muntah kan, maklumlah lagu baru jadi memang ditatang habis-habisan lak sebelum jadi sepah. ooopppsss ! 
sekarang aku duk nyanyi lagu cukup sudah cukup aka lagu ara, penangan budak kecik nieh lah sampai aku boleh donlod lagu putus cinta nieh weh ! tapi ramai cakap aku memang suka lagu putus cinta atau lagu mati, ye ke? entah lah tapi memang aku akui memang bersepah lagu mati dalam playlist aku, aku rasa aku faham giler lirik-lirik mati tue. ^__^  
mungkin sebab aku pernah putus cinta yang tak putus sangat sebab sampai sekarang aku dengan si pemberi cinta itu masih berhubungan walaupun sekadara kawan, mana boleh buang cam tue saja persahabatan lima tahun dek hubungan percintaan tiga tahun kan. kawan tetap kawan cuma dalam hati tiada lagi cinta, dah tiada jodoh weh nak wat cm ne. tapi sekarang alhamdulillah, aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku miliki walaupun bukan yang pertama tapi insyaAllah, dengan izin-Nya mungkin yang terakhir. yang akan membimbingku ke jalan-Nya dan yang bakal aku lengkapkan tulang rusuknya. 
weh, nieh lagu fevret karaoke aku dengan gadis-gadis network kalau pergi karok konfim punya nyanyi kalau ada lagu beribu sesalan nieh dan aku pastinya tak kan jadi jaclyn sebab suara tak semantap jac. huhu. tapi memang layan weh lagu tiga suara nieh coz masing-masing ada penangan tersendiri. aku memang suka karok weh ! itu tak perlu bantahan lagi. alamak, lagu cinta bersatu. aku suka giler lirik dia sebab aku harap aku begitu seperti lirik lagu nieh. ngenge ~
dah lah, malas nak coret lagi kat tisu titew nieh sebab nak berkira-kira jap nak pergi jalan-jalan dengan bakal keluarga ke tak? haha, miang weh aku duk bakal-bakal nieh. daaaa~

Friday, May 18, 2012

assalamualaikum,


aku tengah stress nieh sebab kena ngadap buku setelah tiga hari bercuti dan kebanyakan kawan-kawan aku semua dah bebas dari cengkaman periksa akhir semester enam nieh aku dan ada beberapa saja lagi yang belum. aku dah lama bukan dalam kategori pelajar rajin jadi bertambahlah kan masalah tue. haha. kadang aku tak faham kenapa mesti buat "gaps" yang panjang antara subjek sebab itu boleh membuatkan pelajar malas nak studi untuk subjek yang seminggu selepas lak. tengok cam aku esok ada "last paper" tapi apa pun tak baca lagi konon dah bijak subjek tue. haha. cm ne aku nak paksa diri aku supaya rasa cinta dengan nota-nota subjek rangkaian keselamatan nieh? dah lah, makin aku tulis makin bertambah stress aku bukan hilang pun. daaaaa~
assalamualaikum kawan-kawan .


lama seyh tak ushar belog hati tisu aku yang dah bersawang terok dah nieh, kasi cuci sket sawang-sawang tue. sekarang sembur perfume versace, pergh nak mahal saja kan tapi tak mahal mana pun beli kat uptown je. haha. rasanya agak dah bersih nieh tisu nieh, jadi boleh lah berjenaka, wah kelasss gitu. nak berjenaka pasal apa ye sebab aku nieh bukan pelawak pun selalu jadi bahan lawakan adalah, wuwu. ohmai, sebelum aku terlupa aku nak jemput kawan-kawan semua ke majlis perkahwinan akak aku pada bulan 8 2012 nieh, mai lah singgah. walaupun bukan kenduri perkahwinan aku tapi tak salah aku jemput sebab makan percuma weh siapa tak mau kan! aku tak sabar nak pergi korea walaupun aku belum lagi isi borang untuk pergi sana dan kalau aku dah isi dan hantar pun belum pasti lagi dapat pergi sebab kena hadap temuduga dulu tapi aku dah bersemangat waja nak korea boleh jumpa RAIN ! haha, giler tak suci niat aku tue, konfim dapat punya tawaran tue. kalau lah aku salah seorang yang dapat pergi sana, pergh memang hebat baq hang ! konfim aku berguling-guling gembira punya dan aku akan karok sembilan jam tanpa henti, retis kan. aku dah termimpi-mimpi korea dah nieh tambah pula sekarang duk layan "secret garden" lagi meneballah korea aku tapi aku tak k-pop, acane? tak kisahlah asalkan aku dapat pergi korea dan kumpul pengalaman serta pelajaran dari sana tambah memori-memori indah bersama abang-abang korea, wewit! tutup cerita korea bukan cerita hati tisu aku. kenapa hati tisu weh? adakah hati aku adalah tisu atau hati aku selembut tisu? hmmm, sebenarnya aku pun tak pasti apakah maksud sebenar hati tisu nieh sebab kawan baik aku merangkap musuh ketat aku yang kata hati aku adalah hati tisu bukan roti tisu ye. aku rasa aku tak boleh terima lawak atau gurauan kau tue, mungkin hati aku seakan tisu mudah tertarik. kasar sangat bro gurau kau, sentap mak tau. tapi tak pe, walau secarik mana pun hati tisu aku pasti akan kuat semula sebab aku kan power woman. haha. dah lah, tak mau melalut lagi sebab dah lewat kang tak bangun nak pergi setadi gerup kat kampus tercinta. selamat malam kawan-kawan semua , hugs and kisses ~

Tuesday, March 13, 2012

assalamualaikum dan selamat siang semua orang !

wah, asal aku semacam je "excited" nya ? mungkin sebab dah lama sangat kot aku tak coret kisah dunia sekeliling aku, al-maklum lah sibok katakan. ye ke sibok atau aku dah lupa yang aku punya tisu untuk dicoretkan? abaikan. sebenarnya aku tidak punya semangat untuk coret mungkin sebab aku nieh bukan pencoret tegar tak pun sifat kemalasan yang berleluasa dalam diri aku sudah bertukar menjadi satu rutin harian kot. haha. apa aku merepek nieh ? dah lah, aku sebenarnya lapar sangat tue yang aku saja bagi alasan tak nak siapkan keje sekolah yang diberikan oleh cikgu. bai semua orang, aku nak siap pergi makan sebab kawan serumah dah ajak pergi makan siang. daaaa~


Sunday, November 13, 2011

Innovation Management 15/11/2011 09:00 am
System and Network Programming 16/ 11/2011 02:00 pm
Wireless Network 17/11/2011 02:00 pm
CCNP 1 ( Advanced Routing ) 19/11/2011 02:00 pm
CCNP 2 ( Multilayer Switching ) 26/11/2011 02:00 pm

Thursday, November 10, 2011

weh, kau jangan ingat aku akan terima kau balik bila kau dah calit arang kat muka aku ! memang tak ar ! yup, memang aku nampak kejam bila aku layan kau sebegitu tapi bila difikirkan dengan apa yang pernah kau buat kat aku, aku semakin yakin yang tindakan aku tepat sekali sebab aku rasa kau layak terima apa yang aku buat tadi. tapi tue dari pandangan mata aku ar, pandangan orang lain mungkin aku salah sebab aku dikira sombong dan dendam. kalau nak ikot dendam, rasanya tak setimpal kot dan bab sombong lak lagi ar sebab dulu waktu aku terhegeh kat kau, sumpah sombong tahap dewa weng pun kalah kau tue. sekarang rasakanlah sombong aku yang tahap bayi pramatang nieh. betul cakap kawan aku yang kau dah tersilap langkah, kau salah ambik keputusan tapi bagi aku semua tue tak da lah salah langkah atau salah ambik keputusan sebab mungkin nieh takdir kita. jodoh, ajal dan maut semua tuhan dan tentukan sejak azali lagi. kita manusia hanya mampu menrancang, tuhan yang tentukan segalanya. aku tak menyesal mengenali kau malah aku bersyukur sebab melalui kau, aku kenal ciri manusia seperti kau. selama nieh aku sekadar mengenal ciri-ciri manusia melalui drama atau filem tapi dengan kenal kau, aku dapat rasa sendiri. terima kasih, kawan sebab bagi aku pengalaman ini.

ps : pak lang tak, nanti kita tutti frutti dan meatball 15 ketul ye dan tak nak kongsi !

Tuesday, November 08, 2011


im proud to be malaysian !

maaf sebab dah lama tak perbaharui, nak kata sibok rasanya alasan yang sangat umum dan tiada logika juga tapi entahlah aku rasa sejak dua menjak nieh hari-hari pelangi aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sehat dan sehat. kasi seimbang baek punya ! haha. tahap kesihatan semakin hari semakin ada peningkatan dan semakin bernyawa rasanya aku. baru puas rasanya sedut oksigen ! alamak, sebelum aku terlupa dan terlambat aku nak ucap " SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ! " kepada semua umat islam yang berada di bumi yang sfera atau bulat nieh. adeh, kantoi aku bodoh tentang bumi yang aku pijak nieh. huhu. owh, aku ada gosip hangat giler nieh tentang jodoh yang dirancang oleh keluarga. semua nieh tanpa aku sangka akan berlaku, itulah dulu gatai lagi minta mummy carikan jodoh untuk aku sekarang hambik kau ! sekali lelaki berusia 46 tahun dan sekarang menetap di dubai tapi ada syarikat rangkaian kat putrajaya. seorang yang warak serta berharta, ya ! berharta tue yang penting coz aku nieh kan seorang yang pemalas jadi kalau aku betul nikah dengan lelaki dubai tue pasti aku boleh goyang kaki senang hati je kat rumah. boleh tak aku nak bagi alasan sebegini untuk tolak pinangan tue, " amy tak cari lelaki tapi amy cari cinta." haha. geli kot rasanya alasan aku tue tapi rasanya ada betulnya sebab cinta tak boleh beli dengan duet dan harta benda. wow ! titik noktah . tadi aku kuar temujanji dengan seorang kawan, makan rahsia resepi dan menonton wayang. temujanji yang separuh berahsia sebab pihak kawan aku harus dirahsiakan bagi tidak kantoi. haha. pihak aku lak tiada rahsia sebab tiada sebab. yeah ! esok awal pagi nak pergi melawat abang kat sana, tak sabar nak pelok cium satu-satunya abang aku ! oh, lupa lagi aku nieh. tadi sambut hari ulang tahun ke-14 adik kesayangan aku. adik yang selalu saja aku buli dan bergaduh sebab dier manja sangat, maklumlah anak terakhir kan jadi aku dengan dier akan saling berebut apa saja. ye lah, masing-masing tak nak mengalah. aku pun anak terakhir gak, anak perempuan terakhir. haha. kan aku dah tulis tadi, aku akan berebut dengan dier apa je seperti tadi aku berebut strawberi kat kek ais krim br dier dan akhirnya aku berjaya gak dapat buah kaler merah tue. yeah ! nak coret tentang musuh ketat aku boleh tak ? sedikit saja sebab aku rindu sangat kat musuh ketat aku yang gemok dan tak berapa nak segak sangat tue tapi aku sayang dia. tanpa dia hari-hari pelangi aku pudar sebab ada saja bahan aku nak cari pasal dengan dia seperti sekarang aku sedang bertarung dengan dia. padan muka kau ! tamatlah sebab nak pergi dunia fantasi lah, biasalah kan nak bangun awal pagi. selamat malam, sayang .

ps : pak lang tak, tinggal tiga hari lagi jadi bersiap sedia tau untuk jemputan permaidani merah untuk baby amy yang comel nieh . ^_^

Wednesday, November 02, 2011


ps : terima kasih untuk percutian yang singkat tapi mampu merawat sakitku, si pencuri hati !

Wednesday, October 26, 2011


argh ! tak suka kot bila musim penyakit bermaharajalela tambah saat-saat sebegini. sendiri menanggung segala keperitan dan kesaketan yang datang tanpa diundang serta tanpa jemu menemani siang dan malam ku. huhu. kuat manyak, amy ! rasanya dah hampir dua minggu juga aku ponteng class, gara-gara saket punya pasal. benci aku dengan penyakit nieh suka saja cemburu dengan aku. kalau sukakan aku sekalipun jangan lah sampai menyusahkan aku, aku nak pergi menimba ilmu dan pergi berjimba-jimba pun terbantut. terperap je kat rumah sampai rasanya aku jarang nampak siang. adakah malaysia tiada siang ? agaknya malaysia dah bertukar persekitaran kot, sentiasa malam 24/7. haha. sejak semalam dah bertambah satu lagi penyakit, hidung tersumbat atau selesema nieh memang aku sangat SUKA lah ! haish, penat kot kalau saket hidung nieh memang boleh bikin gaduh satu kampung nieh silap dua, tiga, empat serta lima kampung boleh gaduh. da lah bersepah keje sekolah serta ujian, aku lak masih dalam jagaan. adeh ! malas aku nak keluar-masuk tempat jagaan tue, nasib ada penjaga yang bikin aku senang dengan layanan sang bidadari kayangan gitu. dua minggu makan-minum aku dititik beratkan, pengangkutan pula disediakan sukarela. memang superb habis lah ! wah, agak terbaek ar dah dua pagi aku tak tidur kan semua gara-gara hidung punya hal ar. janganlah nak mengorat aku dengan cara tersumbat bagai, aku paling tak suka bernafas guna mulut. dah elok kot fungsi hidung untuk bernafas tetiba nak pass kat mulut. huhu. selera makan pun dah semakin kurang, ada mulut cakap aku agak kurus sejak dua menjak nieh dan kelihatan tak bermaya je. ye ke ? rasanya aku sentiasa gembira je depan mata-mata semua habis taraf pelakon hebat serta terkenal dah aku kot tapi masih ada kantoi ke ? huhu. da lah, nak baring sebab penat keluarkan peluh semata nak cuba kurangkan penyakit yang terkumpul. daaa~

Friday, October 21, 2011


its a secret you know . one of my friend said that " you played drama, you get karma. " it is true or it just a psycho quote ? owh, i am in dilema ! even i just run, run, run, run, run and run as far as i could but it just seem that nothing to change. it is what they called "karma" ? i need you . yes, i really need you !

Monday, October 17, 2011


weh, terima kasih sebab sentiasa buat aku tersenyum. aku suka setiap kejutan-kejutan yang kau lakukan itu, kelu kot lidah aku tak terucap sepatah kata. sayu hati aku dengan tindakan serta layanan luar biasa kau tue. memang terbaek lah konsert siaran langsung kau dari sana, aku terpaut habislah ! semua lagu yang kau nyanyikan tue semuanya kau tujukan khas untuk aku, terharu kau tahu tak ? aku hampir menangis kau tau tak ? nasib ego aku menebal kalau tak konfim mereka serta kau tau yang kelemahan aku adalah kau ! bodoh kan aku. tak aku sangka kau akan adakan konsert semata untuk luahkan apa yang kau pendam selama nieh tentang kau, tentang aku dan tentang kita. terima kasih, kau si pencuri ! aku hanya mampu terdiam dengan lagu-lagu nyanyian kau kerna tidak aku sangka sebegitu sekali perasaan kau. weh ! aku rasa kita punya perasaan yang samalah cuma aku tidak cukup kuat untuk menyatakannya atau ego ku masih ditahap yang paling tidak pernah kau jangka. saban hari aku nyatakan keburukan serta kejahatan aku tapi sedikit tidak goyangkan apa-apa. kau kata tiada manusia yang sempurna dalam hidup nieh, sayang. kau tak perasan ke yang aku nak kau benci aku? tolonglah weh, jangan buta sangat sebab cinta sebab nanti kau juga yang aku seksa hidup-hidup sampai tahap aku ketawa guling-guling lihat kau jatuh. maafkan aku, sayang.

ps : rindu nak peluk cium kau lah ! cepatlah kesini, aku benci jarak yang pisahkan kita !

Saturday, October 15, 2011


maafkan aku untuk kesekian kalinya. aku tau aku biar kau terluka sebegitu dalam tapi aku tiada daya untuk menghalangnya kerna inilah caranya untuk aku biarkan kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. aku tau kehadiran aku dalam hidup kau mungkin buat kau bahagia dan gembira tapi itu hanya bersifat sementara dan berpura-pura. cukuplah aku berpura-pura selama nieh, aku dah tak nak lagi terus menipu kau dan diri aku. biar kisah kita sementara tapi ia banyak mengajar aku tentang menjadi diri sendiri. aku tau kau terluka disana dan aku cuba untuk gembira disini agar kau tau yang aku mampu hidup tanpa kau dan bayangan kau. haha. kejam kan aku? sekarang kau dah tau kan siapa aku yang sebenarnya dan sekarang juga kau pasti menyesal kerna telah masuk dalam perangkap aku. kesian kau sebab terpedaya dengan bakat lakonan aku yang sukar dijangka nieh. maafkan aku kerna jadikan kau mangsa seterusnya aku. memang itu tujuan utama aku untuk melihat kau menangis dan menderita disana manakala aku bergelak ketawa disini meraikannya. weh, kau tak nampak lagi ke kejahatan aku, betapa setannya aku? jangan termakan hasutan aku sebab nanti kau juga yang saket, kau juga yang terluka. pergi jauh sana dan jangan pernah kembali lagi. aku bebaskan kau nieh jadi gunalah dengan sebaiknya peluang nieh. jangan pernah dekati geng setan seperti aku kerna kau tak belum cukup sifat setan itu.

ps : bodoh kot coz aku tipu yang aku benci kau, yang aku mampu ketawa tanpa kau. shit !

Monday, September 26, 2011

wah engkau, status seperti sesuatu je kan. tapi apa ye ? abaikan je lah status tue tapi sebelum nak abaikan korang silalah fahami maksud yang aku cuba nak sampaikan. tipulah kalau korang semua tak pernah alami apa yang aku cuba sampaikan sebab setiap manusia pasti ada kawan dalam selimut cuma antara sedar dan tak sedar je. jap aku nak terjemahkan dalam bahasa melayu pula sebab takot ada yang tak faham dengan bahasa omputih aku maklumlah aku nieh bongok sket inggeris. haha. " kawan waktu senang bersepah, kawan waktu susah mungkin ada tapi lima pun tak sampai." adeh, betul ke apa yang aku terjemahkan nieh ? lantaklah asalkan aku rasa korang semua faham apa yang aku cuba sampaikan sebab korang kan pandai-pandai belaka. aku agak setuju dengan status aku malam nieh sebab aku pernah alami bukan sekali, bukan dua kali dan bukan juga tiga kali tapi berkali-kali sampai aku sudah terbiasa dengan kawan yang sebegitu. layankan je sebab dengan hadirnya kawan sebegitu rupa, sedikit sebanyak mengajar kita erti kehidupan, erti persahabatan sendiri dan erti kepercayaan. da lah, aku rasa ting tong habis nieh jadi aku nak chow dulu dan bumbum. adeh, malas pula nak kena disiplin makan ubat kan. sehat juga kan kalau ubat sekadar jadi hiasan ? haha. selamat malam sayang-sayang sekalian !

ps : hey you, i think i might hurts you but ive got no choice . do hate me .

Wednesday, September 21, 2011



ya, itulah apa yang aku rasa. aku tak pernah hilangkan rasa itu atau cuba menghapuskannya tapi aku terpaksa menafikannya kerna aku terpaksa. aku tiada sebab kenapa aku terpaksa. aku yakin keputusan dan tindakan aku kali nieh benar malah tepat sekali, tolonglah untuk sekian kalinya aku pohon agak kali nieh biarlah menjadi. maafkan aku, sayang. aku harus ambil tindakan drastik sebegini kerna aku tak nak kau begitu terluka jika sudah tiba masanya nanti. biarlah kau terluka serta berduka disaat aku masih mampu bergelak ketawa dan makan apa saja aku nak. aku tak sanggup melihat kau dari sana tangisi apa yang berlaku tanpa sempat aku nyatakan kata selamat tinggal. biarlah kau anggap aku lah penyebab semua yang berlaku, aku lah yang puncanya hadirnya insan ke-3 antara kita, aku lah yang pergi tinggalkan kau. aku rela jika semua anggapan itu bermain di minda kau. aku rasa aku rasa lebih tenang di sana dengan menyatakan selamat tinggal walau dengan cara yang paling tidak aku mahu tapi biarlah asalkan kau tak kecewa serta lagi terluka jika tiba-tiba suatu hari perkabaran tentang kehilangan aku tanpa surat selamat tinggal atau perletakan jawatan. itu bukan saja buat kau kecewa dan terluka malah aku juga dua kali rasanya. jangan lupa apa yang pernah aku kata sesungguh aku rasa dua kali anda apa yang kau rasa, itu kenyataan ! untuk sekian kalinya lagi, maafkan aku, sayang.

ps : menyampah pula dengan seseorang yang nak emo tak tentu hal. be matured okies ! you are not kid anymore !


Sunday, September 18, 2011


gambar diatas ibarat aku versi lelaki yang tengah stress serta confuse giler dengan semua kejadian yang berlaku sejak dua tiga empat dan lima menjak nieh. argh ! rasa cam nak jerit sekuat hati je tapi kang ada gak kena halau dari kejiranan nieh sebab bising malam-malam. agak serabut juga kepala nieh tapi aku abaikan seketika semua tue dengan hiburan-hiburan duniawi. mungkin aku cuba lari tapi akhirnya aku kena hadapi gak. penat je kan berlari, kalau tahu awal lagi aku duduk sejenak lalu memikirkan tindakan yang bakal diambil bagi menyelesaikan pergolakan nieh. haha. sebenarnya masalah sekarang aku tersepit diantara dua kawan. aku sememang tak gemar dengan pergolakan jenis nieh sebab nanti keduanya aku bakal hilang. pergh ! mungkin aku tamak sebab tak nak kehilangan keduanya tapi keduanya ada pentingnya. walau sebagai kawan tapi hidup nieh perlukan kawan bukan lawan sahaja. kawan nieh lah tempat aku belajar erti persahabatan, erti kehidupan, erti kawan makan kawan juga manyak lagilah erti. jadi aku tak mahu kehilangan dua kawan aku nieh, jadi aku tersepit. aku tahu aku telah lukakan hati kawan pertama tapi percayalah niat aku benar, aku tak nak lukakan dia dengan kebenaran yang berlaku antara aku dengan kawan kedua. aku minta maaf sebab lebih sukakan kawan kedua dari kawan pertama, tapi aku hargai apa yang kawan pertama lakukan dan luahkan tapi aku tak boleh menerima apa yang cuba kawan pertama cuba berikan kepada aku kerna aku lebih kepada yang kedua. aku cuba berlaku adil tapi nampak gayanya kawan pertama perasan yang aku lebih utamakan kawan kedua. maafkan aku kawan pertama, aku hanya manusia biasa yang tak mampu nak puaskan hati serta kehendak semua orang. sudahlah, aku harus berlaku adil sekarang. ya, adil kepada kawan pertama, kedua, ketiga mahupun seterusnya.

ps : im so sorry, sayang coz being your fright nightmare !

Thursday, September 15, 2011


benci bila kehidupan sulit dicerobohi !


" ye lah, dulu kan kteorng selalu lepak sesama tapi skunk semua nak baek and hang out dengan you so dier rasa tercabar dan persaingan ar. susahlah kalau berfikiran kanak-kanak. "

salah aku ke kerna berkawan ? salah aku ke kalau diorng suka lepak dengan aku ? salah aku ke kalau diorng rapat dengan aku ? salah aku ke ? salah aku ke ? salah aku ke ? kenapa mesti semua nieh berlaku ? aku tak tau aku harus bagaimana lagi sedangkan aku rasa berada dipihak yang benar. kenapa mesti nak sentap pula ? aku dah ajak kot tadi tapi dier yang tak nak kuar then bila tau aku kuar dengan diorng tahu pula nak sentap. aku tau aku kenal diorng dari kau tapi nak wat cm ne kalau diorng suka aku lebih dari kau, bukan salah aku. susahlah kalau cam nieh, menda yang tak sepatutnya berbangkit jadi kecoh. tak pe, aku tak kisah lagipun aku ada dunia aku sendiri, aku ada kawan aku sendiri. kalau kau rasa tercabar dan saingan, kau teruskanlah permainan nieh kerna aku awal lagi dah tarik diri. aku tak perlu main dalam permainan yang kau cipta sendiri kerna aku tak rasa aku rampas mereka dari kau. kau sendiri yang beria dulu nak kenalkan aku kat kawan-kawan kau dan kau sendiri yang bagi nombor aku sesuka hati tanpa kebenaran aku kat diorng kan jadi bukan salah aku kalau diorng nak call, mesej or ajak aku lepak. bukan aku yang gedik ajak diorng tapi diorng yang cari aku jadi salah aku ke ? entahlah sebenarnya malas nak ambik tindakan seterusnya mahupun diorng kerna semua nieh remeh je cuma tak perlulah kau nak sentap dan merajuk bagai kan. tapi aku dah cakap kat diorg yang pasni kalau nak ajak aku, ajak kau sekali sebab aku tak nak jadi penghalang lagi. aku tak nak jadi penyebab hubungan kau dengan diorng renggang, biar aku renggang tak pe sebab aku dah biasa jadi "watak yang dibenci" nieh. dah biasa sangat dah !

ps : i think i need to move out and find another empty room to live. sayang, do me a favor please !

Friday, September 09, 2011


. Broken pieces of a barely breathing story, where there once was love. Now there's only me and the lonely .

kehidupan nieh kena pandai segalanya aku rasa. pandai buat keputusan. pandai buat pilihan. pandai buat perjanjian. aku sendiri tak pasti samada aku pandai ke tak buat semua tue kerna aku rasa aku hampir gagal lagi buat keputusan, pilihan dan perjanjian. keputusan yang mengecewakan aku, pilihan yang menyakitiku serta perjanjian yang memakan diriku. entahlah, kenapa mesti tiga kali aku rasa semua nieh ? aku ingat keputusan aku untuk memilih pilihan serta membuat perjanjian itu adalah yang terbaek serta terakhir bagi aku serta hidup aku tapi setelah apa yang berlaku aku seakan hilang arah, hilang keyakinan lagi terhadap tiga perkara tersebut. bukan aku tak cuba, tapi aku rasa sedaya upaya serta bersungguh aku cuba untuk mencari serta memperbaiki yang kurang tapi kenapa aku sendiri tak mampu. aku nieh bodoh sangat ke ? lagi aku cuba lagi manyak yang longgar ! benci ! aku tak tau apa lagi harus aku lakukan untuk pulihkan keadaan yang sedang kacau bilau nieh ? haruskan aku lari dari keadaan nieh seperti sekarang ? tidakkah kejam aku lakukan sebegitu ? tapi apa lagi mampu aku buat ? kata-kata aku puaka ! itulah salah satu sikap aku, terlalu terbuka serta lancang. patut ke aku pencilkan diri tapi aku rindu saat dulu, saat kehidupan aku yang aku yakin keputusan aku, pilihan aku serta perjanjian aku. semalam ada kawan beritahu aku yang aku seperti orang gila yang kehilangan anak kerna aku merayau mengenai keputusan, pilihan serta perjanjian aku. sumpah aku rindu ! walau aku cuba sembunyi semua yang berlaku dengan sibukkan diri dalam ruang yang bising serta sesak tapi aku masih pekak. sumpahan apakah yang terkena terhadap diriku ?

Saturday, September 03, 2011


its come from my deepest heart .

Saturday, August 27, 2011

lagu raya dah bersepah aku layan tapi entah kenapa mood raya tak jua timbul. fikiran aku melayang jauh tapi entah apa aku fikirkan aku sendiri tak pasti. terasa ada ruang kosong. terasa seperti sesuatu pergi. aku harus cari punca ruang kosong itu tapi kenapa aku masih disini? masih pegun ditempat yang sama tanpa sebarang tindakan. apakah maksud semua ini? apakah aku benar-benar sudah putus asa? atau ego ku masih bermaharajalela. betul ke aku nak lari dari masalah nieh? betul ke aku benar sudah tiada jiwa? betul ke aku benar mahu pengakhiran cam nieh? betul ke tindakan aku nieh? sumpah aku rindu ! aku rindu pelengkap pagi ku, pelengkap tengah hari ku, pelengkap petang ku dan juga pelengkap malam ku. benar cakap kawan yang aku harus bersyukur sebab ada yang menyayangi aku dan mengambil berat tentang ku. yup, aku harus bersyukur dan menghargai tapi entahlah. setelah apa yang berlaku aku seakan sudah berubah, benar cakapnya yang aku kian berubah. aku sedari itu tapi maafkan aku. aku perlu masa untuk aku kembali seperti dulu. masa ? ya, aku perlukan itu. masa untuk aku terima apa yang berlaku. masa untuk aku merasa berada di zon selamat kembali. masa untuk aku jadi diri aku seperti yang pernah aku tunjukkan. tapi jangan bimbang, apa yang pernah kita bina, apa yang pernah kita kecapi dan segalanya tentang kita tetap terpahat indah di sini. tidak sekali aku terniat untuk menanggalkannya kerna itulah antara anugerah yang terindah pernah aku miliki. tak mungkin aku mahu melepaskannya begitu saja. maafkan aku, sayang.