kadang-kadang aku tidak mengerti kelakuan kau
sekejap kau tenang, sekejap kau tegang
setiap satu kelakuan kau membuatkan aku semakin jatuh cinta dengan kau
walaupun aku yang kau maki
walaupun aku yang kau tengking
walaupun aku yang kau benci
tapi semua hanya bersifat sementara je
sebab disaat aku mula berpaling
kau akan hadir lalu memeluk hatiku
dan menyatakan sesuatu yang membuatkan aku kaku
aku tau diriku tidak seperti yang kau ucapkan itu
aku tau diriku masih lagi layak berada didalam hatimu
cuma kau mahu menguji kesetiaan,kesungguhanku
aku pernah lukakan kau bertubi
jadi sekarang aku harus faham mengapa kau lakukan semua nieh
untuk kebaikan aku, kebaikan kau dan kebaikan kita
No comments:
Post a Comment