entah kenapa sejak tiga menjak nieh, aku seakan geli campur menyampah juga dengan kata-kata atau lebih kurang sopan FALSAMPAH seseorang nieh ! ye lah, nak mengata orang boleh atau nak menilai orang tapi beragaklah sebab diri sendiri rasanya bukan hebat mana sangat pun. aku pun sedar aku nieh manyak kekurangan sama seperti manusia lain, mungkin aku pernah lakukan satu kesilapan bodoh yang tapi kau bukan tuhan nak hukum aku atau hina aku seteruk itu. lagipun kau siapa nak hukum orang ? kau bukan tuhan, kau cuma makhluk ciptaan tuhan sama seperti aku dan mereka yang lain. pada mulanya aku agak senang dengan kau tapi lama-lama aku rasa muak dan mula terdetik perasaan menyampah tue terhadap kau. kau keluarkan kata-kata sampah persis kau adalah bayi yang baru lahir yang suci dari segala dosa ! geli kot. kau berbicara tentang tuhan seakan kau lengkap rukun islam dan rukun iman ! kau bercakap besar seakan kau tidak takot dan sentiasa dipihak yang benar sahaja. sedarlah wahai saudaraku, rahsia hitam kau sudah ada dalam poket aku malah poket mereka yang lain cuma kami hanya berdiam saja kerna tiada gunanya berbicara tentang kau. kadang aku terfikir kenapa kau berkelakuan seperti itu ? apa kau rasa diri kau sudah cukup sempurna atau kau rasa diri kau sentiasa dijulang ? mana larinya harga diri kau sebagai seorang manusia ? aku sedar aku juga tidak sempurna malah aku pernah melakukan kesilapan demi kesilapan, malah kau juga pernah hina aku dek kesilapan bodoh aku tapi aku masih dan sedang berusaha untuk berubah walau perlahan. aku malas berbicara lebih kerna aku tak nak persis kau yang berfalsampah seakan kau lengkap luar dan dalamnya !
ps : tahniah sifu diatas tawaran yang diterima tue ! semoga awak sukses disana dan ingat seperkara, walau kita jauh beratus kilometer sekalipun ingat apa yang telah kita rancangkan ye. love you, sayang ~
ps : tahniah sifu diatas tawaran yang diterima tue ! semoga awak sukses disana dan ingat seperkara, walau kita jauh beratus kilometer sekalipun ingat apa yang telah kita rancangkan ye. love you, sayang ~
No comments:
Post a Comment