My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Thursday, June 16, 2011

entri kali nieh tiada gambar cuma perkataan saja, entah panjang entah tidak jadi tetapkan pilihan anda samada mahu meneruskan atau berhenti sahaja. entri kali nieh agak sedikit miang, yeah ! sebab tuan yang tulis nieh selalu miang. =) abaikan. aku tersentuh dengan pembacaan dari blog encik tiada sempadan yang berbicara tentang jarak yang tidak akan membatas sebuah hubungan. ikatan yang terjalin akan sentiasa erat walau terpisah berjuta -juta batu sekalipun asalkan (1)kejujuran, (2)keikhlasan, (3) ketaatan dan (4) kasih sayang sentiasa jadi panduan dalam hubungan itu. aku setuju dengan kenyataan dari encik tiada sempadan tue sebab aku rasa dalam sesebuah hubungan tak kira percintaan atau persahabatan keempat-empat elemen tue wajib diambil beratkan. marilah sama-sama kita praktikkan dalam apa jenis hubungan yang kita jalinkan ! jap aku nak buat checklist tentang empat elemen nieh dalam hubungan aku.

Sila tanda pada setiap elemen dan jangan menipu !


Kejujuran
Keikhlasan
Ketaatan
Kasih sayang

alamak, kenapa dua saja yang bertanda nieh ? sepatutnya kena keempat-empatnya bertanda, adeh parah nieh. =( jangan salah faham dulu ye, kenapa kejujuran dan ketaatan tak bertanda ? aku punya sebab tersendiri kenapa aku hanya tanda pada keikhlasan dan kasih sayang sahaja. ini tidak bermakna aku tak jujur dalam hubungan aku, sebab bagi aku hanya orang yang menjalinkan hubungan dengan aku saja dapat menilai kejujuran aku. kenapa ? sebab aku boleh tipu saja yang aku jujur dalam hubungan tue sedangkan aku tak ! mulut boleh tipu tau, babe. lagipun kadang dalam sesebuah hubungan, aku rasa tiada yang betul jujur kot. ye lah, semua orang pernah buat salah, semua pernah menipu kan. bohonglah kalau ada orang kata yang dier tak pernah menipu walau tipu sunat. bab ketaatan tue, aku sendiri tak tau kenapa aku tak tanda. adakah sebab aku tak taat orangnya ? aku rasa mungkin juga sebab aku bukan hamba yang sentiasa lakukan tanggungjawabku sebagai seorang islam, kedua aku bukanlah anak yang baik dan solehah. aku sering saja langgar perintah dari tuhan dan juga mak ayah aku. jadi bagi aku kalau pada tuhan dan mak ayah aku tak taat, jadi aku bukanlah seorang yang taat. okies, bab keikhlasan dan kasih sayang lak, bagi aku setiap hubungan yang aku jalinkan mesti bermula dari keikhlasan. aku ikhlas kawan dengan semua orang dan aku juga ikhlas bercinta dengan si dia. pergh ! ayat sangat tak boleh pakai. haha. bab kasih sayang tue, hanya orang yang tertentu saja dapat rasa kasih sayang aku sebab aku nieh bukan pandai sangat nak tunjuk kasih sayang aku. entah kenapa, mungkin sebab aku nieh keras sangat kot. abaikan. dah lah, penat nak menaip lagi. tamat .
ps : untunglah dapat bercuti kan, nak ikot boleh encik boifie



No comments:

Post a Comment