My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Wednesday, December 29, 2010

maafkan aku terlebih dulu sebab memulakan semua nieh.aku tau aku lemah, aku tau aku jahat, aku tau aku bodoh dan aku juga tau aku bukan manusia yang sempurna yang mampu melupakan sesuatu dengan begitu saja.aku tak sehebat mereka yang mampu melakukannya malah bisa bangun dengan sendiri dalam sekelip mata tika terjatuh didalam lautan yang begitu dalam.tapi aku juga sedang mencuba untuk bangun, aku menggosok kakiku yang terluka, aku menggosok tanganku yang dipenuhi pasir dan aku mengikat semula rambutku supaya aku mahu bangun dengan sempurna dan kemas.supaya aku mampu bangun dengan perasaan gembira dan bangga telah berjaya melalui kisah silam yang menakotkan dan menyaketkan.Ya,memang aku cemburu dengan perubahan kau setelah semua yang berlaku.kau mampu bangun dengan bergayanya malah kau jauh lebih sempurna setelah jauh tinggalkan aku dibelakang.tapi tak pe,mungkin kemenangan kau dahulu dari aku tapi itu tak bermakna aku akan sentiasa kalah dan jauh ketinggalan.aku sedang berusaha sekarang,mungkin langkahku perlahan, mungkin langkahku kecil sebab aku sudah terjelopok jatuh tertiarap.saket dan perit tidak perlu diutarakan kerana tersangatlah perit sehingga aku sendiri tidak mampu menguraikannya.tapi saat aku cuba untuk belajar semuanya dari bawah, ada juga hati yang simpati malah ikhlas menemani aku dan mewarnai jalan cerita aku.terima kasih bb(bodban bingai) sebab selalu ada untuk aku saat aku tidak mampu berkata apa, saat aku tidak mampu melakukan apa, saat aku mahu menghembus nafas terakhir.kau datang dan terangi siangku yang kelam nieh.aku tau kau turut kecewa dengan kisah semalamku.aku tau kau turut terluka dengan aktiviti kelmarinku.tapi kau hanya tersenyum sambil erat memegang tanganku lalu kau letak didada kau sambil berkata "i tak kisah siapa u sebelum nieh, semua orang ada kisah hitam begitu juga i.sekarang yang penting kita mahu berubah!"yup, perubahan itu penting sebab kita sendiri sudah menutup cerita yang basi lantas merasmikan episod yang baru.perubahan dalam episod yang baru wajib dilaksanakan untuk kita maju di episod yang baru dan akan datang serta kita tidak mengulangi lakonan yang lepas dimasa kini.Yup!Aku harus KUAT untuk bangun semula.Dier cakap aku sebenarnya cuma aku suka melayan saket aku yang tiada untungnya.aku akan buktikan kata dier tue.sekarang aku sudah gembira dengan bb(bodban bingai) jadi aku sudah ada diari yang akan aku catatkan segala perjalanan aku.lagipun tiada apa lagi yang perlu aku takotkan sebab aku sudah ada diari jadi segalanya akan berjalan lancar dan akan kembali ke trek yang betul dan sempurna kembali.love u,bb!

No comments:

Post a Comment