My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Friday, March 11, 2011

aku tak kuat nak hadapi segala pembohongan nieh. aku telah dibodohkan selama nieh. entah kenapa terlalu cepat untuk aku ketahui semua nieh tapi aku bersyukur sebab dalam masa yang singkat segalanya telah terbongkar sedikit demi sedikit. aku jatuh terjelupuk !! saket ?? tidak perlu dihuraikan perasaan itu sebab aku sendiri seolah telah putus asa untuk bangun semula tapi setelah memikirkan siapa yang menjaga aku, sentiasa ada untuk aku dan yang paling penting sentiasa menerima siapa aku selama hampir dua puluh dua tahun nieh, aku kuatkan juga kaki nieh untuk terus bangun walau kadang aku terjatuh kembali. "walau kita jatuh, sentiasa ingat tiada siapa yang akan tolong kita. jadi kuatkan kaki untuk samasama membimbing hati untuk terus bangun walau perit sekalipun !! " semua nieh berlaku dengan pantas, aku harus bersyukur sebab aku tidak terlalu lama dibodohkan seperti itu. yup, memang saket bila segalanya terbentang dihadapan mata tapi percayalah semua nieh pasti ada sebabnya. biar masa yang tentukan segalanya. aku harus kuat seperti mereka yang juga turut jatuh !! pengorbanan itu memang saket, kalau tak bukan pengorbanan namanya. terima kasih, semot kering sebab kau selalu nasihat aku walau aku tau kau dah menyampah dengan semua nieh. aku redha dengan apa yang berlaku, biarlah kalau ini jalan terbaek aku rela pergi tinggalkan semua nieh. melepaskan sesuatu yang baek demi mendapatkan yang lebih terbaek !! weh, aku tak doa kau yang jahat malah aku doa yang baek saja untuk kau sebab kau pernah menjadi salah satu sebab dalam hidup aku. walau sekarang kita dah tiada lagi tapi percayalah aku sentiasa harapkan yang terbaek untuk kau sebab masa kau dah semakin suntuk. kau dah terlalu dewasa untuk dibanding dengan aku tapi kenapa kau masih buta untuk melihat masa depan. kau puaskanlah kehendak kau selagi boleh sebab kau juga pernah bilang sampai masa kau akan berhenti dan kau akan cari aku. tapi aku harap masa tue kalau aku masih jodoh kau, kau hanya mahukan aku, ikhlas untuk jadikan aku satusatunya tulang rusukmu. tapi andai aku bukan jodohmu, aku harap kau akan ditemukan dengan insan yang jauh lebih baek berbanding aku, kerana kau juga miliki sifat yang semua wanita inginkan dari pasangan mereka. terima kasih untuk segalanya.

No comments:

Post a Comment