My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Saturday, March 12, 2011

cinta manusia memang tiada penghujung tapi cinta Yang Maha Esa adalah lebih agung .
aku terpukul dengan bacaan kali nieh.
memberi aku erti sesuatu yang terselit.
yup, kadang tak semua yang kita impikan atau kejar itu akan menjadi milik kita selamanya kerana itulah dinamanya sebuah kehidupan .
"mie, kau akan berhenti bila kau dah betulbetul penat . sekarang kau tak penat lagi, tak sampai tahap penat lagi. kau layan dulu perasaan tue sepuas boleh ye !! "
betul ke aku tak penat lagi ??
rasanya dah tak mampu lagi untuk aku .
aku akan cuba sendiri angkat kaki aku walau saket sekalipun dan bimbing hati aku untuk bisa bangun semula dari mimpi ngeri yang aku sendiri jadikan .
tiada siapa akan tolong aku hulurkan tangan jadi aku keseorangan !!
kesedihan hari ini akan mengundang kita untuk lebih bersyukur dengan kebahagiaan yang bakal menjelma pada hari akan datang .
hidup nieh suatu putaran yang kita .
kalau kita leka dan alpa , yup kita akan terjatuh tapi jatuhan kita bukan tanda kita menyerah kalah
jatuhan kita adalah satu titik untuk kita lebih tabah menghadapi cabaran kehidupan yang tidak pernah adil .

No comments:

Post a Comment