My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Thursday, June 30, 2011

lama rasanya tak taip kat tisu nieh, maklumlah sibok dengan aktiviti liar diluar sana. haha. minggu nieh dah masuk minggu ke dua aku bergelar pekerja, ceh. betullah orang selalu cakap, kerja memang susah dan penat ! yup, aku rasai sebab aku konfim akan tido awal punya setiap hari tak pun kalau ada malam tido lewat konfim pagi tue aku abaikan saja alarm clock hp aku. haha. kerja aku okies saja, pagi konfim aku runner sana sini then dalam petang cam tue aku dah bertapa kat opis sambil siapkan apa patut sambil tunggu waktu pulang. kerja aku tak kira jam, sepatutnya opis tutup pukul 6 petang tapi sebab bos aku nieh hebat dan aku serta pekerja yang lain rajin serta baik hati, kami selalunya akan tutup opis lambat. mau tak aku balik je keje pas mandi dan makan terus aku baring atas katil sambil mesej encik cinta beberapa kerat lalu hanyut dibuai mimpi fantasi. sorry sayang. penat auuuwwww ! esok seperti biasa kena runner lagi, hari-hari aku kena runner sana sini dan aku semakin dikenali dikalangan mereka-mereka yang terlibat dalam kes nieh. tak kisahlah, asal diorng tanya aku jawab walau aku sebenarnya pemalu orangnya. ayu habislah tue kan. geli ! bila dah keje nieh baru aku rasa bagaimana perit dan penatnya orang dewasa mencari rezeki kan. selama nieh aku mana penah keje, aku hanya keje paw ayah dan mummy aku je. lala. kadang fikir mampukah aku nanti nak pikul tanggungjawab orang dewasa nieh? adeh, sesak mak tau ! manyak giler senarai tanggungjawab yang aku dah senarai panjangkan pabila aku sudah bergelar dewasa sepenuhnya. sekarang aku maseh dewasa tahap 1 baru, kira cam baby lah tapi itu pun manyak juga tanggungjawabnya. bertambah saket kepala aku dibuatnyakan. hehe. eh, dah lah aku tak nak taip panjang sebab nieh pun aku curi tulang jap sementara bos kuar pergi jumpa klien. alamak, kantoi sudah aku nieh pekerja yang kadang curi tulang kan. haha. nak sambung jadi pekerja yang rajin jap. ye lah rajin, dah nak hampiri jam 6 nak balik tepat pada masanya hari nieh! chow !

ps : encik cinta, sabtu nieh seperti yang dirancang tau. alamak, dah semakin hampir dengan 5 Julai 2011 lol. =(

3 comments: