My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Tuesday, August 02, 2011

bila berjauhan inilah yang hanya mampu di luahankan.

First of all, i want to wish to all the Muslims around the world " Happy Ramadhan ! " and dont forget to take your "sahur" even just a "kurma". i hope this Ramadhan 2011 will bring you guys happiness and successful in life with your beloved family, friends + enemies, neighbors, love and anyone around your world.
nak coret melayu lah pula, hehe. hari kedua puasa dan pertama kali sahur untuk tahun nieh aku makan nasi putih, tomyam campur, ayam masak merah, ayam paprik dan sayur ! giler ar ! thanx to Ninie sebab belikan aku serta housemate lain ( Dayah dan Munet ) sahur yang berselera pagi nieh. aku sebenarnya tak berapa selera sangat, al-maklumlah selsema + batuk yang tak leh berenggang sekejap dengan aku kan jadi aku hanya mampu makan sekadar alas perut je. malam tadi pun aku hentam tido awal ( 10 .++ malam ) gara-gara tak tahan dengan hidung aku yang saja bikin wa panassss je kan ! aish, puasa-puasa nieh kena kawal nafsu marah so relax and cool, Aimi.
memandang semalam aku tido awal tanpa menghiraukan gadis-gadis housemate aku bergumbira, jadi pagi nieh lepas saja sahur aku dah tak mengantuk lagi dan sampai skunk masih berjaga. ciri-ciri mengantuk tue dah ada sket nieh tapi aku cuba kawal sebab kalau tidur konfim aku hanyut lantas lambat lagi ke class kan. da lah class wireless network kul 9.40 pagi jap g jadi mana boleh lewat ! oleh itu, aku mengambil keputusan untuk kawal nafsu mengantuk aku dengan "MELAYARI" internet ( stalk fb sana-sini dan coret tisu yang agak berhabuk ).
malas nak coret pasal misi hujung minggu aku yang penuh dan "awesome" ! sudah semestinya lah sebab my sayang ( nanos the merelis ) serta anie datang melawat ke teratak ku yang comel nieh. dari pagi sabtu sampai lah petang ahad, masa yang terisi memang cukup berbaloi-baloi. ada saja aktiviti berjimba dengan dua gadis jelita ! penat tue tak payah nak "describe" ar tapi layankan je sebab bukan selalu lagipun aku rindu sama satu-satunya kakak sedarah dengan aku yang sangat aku sangat tahap dewa weng pun kalah. ' baguih dok ada ' itulah tagline nanos merelis okies, so dont forget to vote for her. kteorng ( aku, nanos, ninie, dayah, munet, noor serta tiga laki-laki aka kawan dayah dan ninie ) plan untuk kejutkan si besday girl yang genap 23 tahun, dengan lagu-lagu jiwang serta layan kat karoke Merdu Muzik. aku pun tak ketinggalan untuk sumbangkan beberapa buah lagu kan, walau suara ada sedikit serak. haha
setiap hubungan pasti ada pasang surutnya, pasti ada tawa nangisnya. bagi si bunga dan si sifu tidak juga terlepas dari fasa sebegitu rupa. tambah pula dengan perangai si bunga yang mengada lebih serta panas baran, tertusuk dalam kot hati si sifu dek kata-kata dari si bunga. tapi demi sayang dan cinta yang tersemat dalam diri, si sifu masih tetap bersabar malah berdoa agar bunganya yang sentiasa mekar akan berubah ke arah kebaikan mulia sungguh hati si sifu sehingga mampu cairkan si bunga. ' Im melting you know, auuuwww ' . berat rasanya untuk melepaskan sifu pulang ke sana, tapi terpaksa bunga relakan demi masa depan sifu yang bakal menjadi masa depan bunga juga. walau bagaimana teruk sekalipun bunga lafazkan, sentiasa ingat yang bunga tak kan pergi jauh sangat dari sifu jadi teruskanlah kejar bunga ye sebab bunga memang suka main kejar-kejar nieh. hehe

ps : test pertama dah dapat kosong kan, memang terbaek ah !

No comments:

Post a Comment