My photo
Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku. Kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu. Kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku. Walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu. Bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.

Saturday, August 27, 2011

lagu raya dah bersepah aku layan tapi entah kenapa mood raya tak jua timbul. fikiran aku melayang jauh tapi entah apa aku fikirkan aku sendiri tak pasti. terasa ada ruang kosong. terasa seperti sesuatu pergi. aku harus cari punca ruang kosong itu tapi kenapa aku masih disini? masih pegun ditempat yang sama tanpa sebarang tindakan. apakah maksud semua ini? apakah aku benar-benar sudah putus asa? atau ego ku masih bermaharajalela. betul ke aku nak lari dari masalah nieh? betul ke aku benar sudah tiada jiwa? betul ke aku benar mahu pengakhiran cam nieh? betul ke tindakan aku nieh? sumpah aku rindu ! aku rindu pelengkap pagi ku, pelengkap tengah hari ku, pelengkap petang ku dan juga pelengkap malam ku. benar cakap kawan yang aku harus bersyukur sebab ada yang menyayangi aku dan mengambil berat tentang ku. yup, aku harus bersyukur dan menghargai tapi entahlah. setelah apa yang berlaku aku seakan sudah berubah, benar cakapnya yang aku kian berubah. aku sedari itu tapi maafkan aku. aku perlu masa untuk aku kembali seperti dulu. masa ? ya, aku perlukan itu. masa untuk aku terima apa yang berlaku. masa untuk aku merasa berada di zon selamat kembali. masa untuk aku jadi diri aku seperti yang pernah aku tunjukkan. tapi jangan bimbang, apa yang pernah kita bina, apa yang pernah kita kecapi dan segalanya tentang kita tetap terpahat indah di sini. tidak sekali aku terniat untuk menanggalkannya kerna itulah antara anugerah yang terindah pernah aku miliki. tak mungkin aku mahu melepaskannya begitu saja. maafkan aku, sayang.

No comments:

Post a Comment